Monday, April 6, 2009

TV3

Semalam aku tengok buletin utama. Biasalah, semua cerita politik dan cerita pasal buang undi dekat 3 tempat apling kontroversi dalam Malaysia ini. Tiba-tiba kan, satu footage yang TV3 siarkan yang buat aku rase ade sedikit tidak adil dan berat sebelah. Sorry to say guys, aku ni pro kerajaan. Tapi apa yang buletin utama tunjukkan semalam, membuatkan aku terfikir kenapa footage itu yang dieorang paparkan?? Footage itu dirakam pada tahun 1995, tarikh tak ingat pulak, masa tu nak pilihanraya dah. Datuk Seri Anwar buat ucapan di Kota Kinabalu. Apa yang aku ingat, statement die cam ni "Kepada semua yang berhajat nak tubuhkan parti pembangkang, baik lupakan saja hasrat itu kerana selagi UMNO dan Barisan Nasional masih berdiri, parti-parti lain tidak akan dapat menembusi dalam mentadbir kerajaan. Saya yakin, saya percaya dan saya hidup kerana Barisan Nasional. Saya pernah menganggotai Parti Pakatan lain sebelum ini, tetapi hanya nak merampas kuasa dan tidak tahu hendak mentadbir. Barisan Nasional saja yang boleh membantu rakyat dan mentadbir negara". Sekarang ni apa sudah jadi kn?? Dia balik yang tubuhkan parti yang sangat agresif, tidak profesional, kontroversi. Cakap tak serupa bikin!!!! Ini yang orang-orang akan fikir lepas tengok footage tu. Aku tak faham sangat kenapa footage itu yang buletin utama siarkan? Yang aku tau la kan, media sepatutnya kena peka dengan keadaan sekeliling, kena peka dengan sensitiviti rakyat yang berbilang kaum, tapi tidak, nampaknya apa yang disiarkan semua mengenai jasa Barisan Nasional dan sikap negatif parti pembangkang. Ya, memang betul kadang-kadang parti pembangkang ni pon melampau jugak, tapi bukan semua... Aku pon tak kata yang Barisan Nasional tu baik sangat-sangat.. Sebab kalau baik sangat-sangat, tidak akan ada parti pembangkang dalam Malaysia ni. Cuma kadang-kadang media ni tunjuk cerita jahat sebelah pihak je... yang sebelah lagi semua yang bagus-bagus belaka... Jangan macam tu, kalau pun nak tarik pengundi, jangan menipu dengan tunjukkan cerita-cerita yang boleh merosakkan identiti TV3 sendiri.. Aku penonton TV3, dari kacik sampai dah kerepot ni ha... memang berita TV3 je yang aku tengok. Kene sensitif dalam menyiarkan sesuatu.... Well... this is just my opinion...

No comments:

Post a Comment